Cinta ❥

Penempatan Jururawat U29 🌹
Thursday, March 16, 2017 . 0 word(s) .


Hai korang. Okey, sebenarnya dah dua tiga hari ni memang tergerak hati dengan jari jemari ni nak menaip dekat blog ni tapi itulah bukan senang mood rajin tu nak datang. So sekarang ni mood dah datang so rajin-rajinlah merajinkan diri itu membaca sedikit perkongsian yang hendak saya share ni. Hari ni 16/03/2017 so bermakna harini adik2 SPM 2016 dapat result SPM kan. Saya mendoakan kejayaan buat kalian semua okey. Dah dapat result ni buatlah pilihan yang terbaik okey demi diri dan masa depan anda sendiri dan bukan ikut sahabat ye adik-adik semua. karang nanti menyesal tak sudah pula.

Baiklah berbalik kepada tujuan saya update blog ni adalah untuk share kepada sahabat-sahabat yang bakal bekerja sebagai jururawat U29 dibawah kementerian Kesihatan Malaysia. Saya adalah salah seorang bakal penjawat awam yang bakal melapor diri pada 28/03/2017 ini. So ada tak geng saya disini? Hahaha baiklah. Sebenarnya bersyukur sangat dah dapat panggilan untuk melapor diri ni. Yelah sebab semua orang kata yang susah nak dapat kerjalah kena ikut pointer lah tapi sedar tak korang sebenarnya kakitangan hospital ni takkan pernah cukup? lagi-lagi sebagai jururawat.

Korang tahu tak, Hari ni dah genap 3 bulan akak bercuti sementara menunngu penempatan. Lama ke? Hahahaha ok masa dua bulan tu tak kisah pun plus ada BRIM pakjib bagi so okeylah. Tapi bila BRIM pun dah habis aduhai boleh gila duduk rumah tanpa sebarang pendapatan yang tetap. Hahaha tapi tak kisah pun janji dapat ringankan beban ibu ayah. Tapi kesianlah depa sebab asyik mengadap muka puteri dia ni ;p 


Ok, bila dah lepas habis diploma kejururawatan korang akan dapat surat lantikan daripada SPA tau kalau korang daripada KKM. Lepas dapat surat lantikan ni korang dah boleh start dah prepare apa-apa yang patut. Contohnya macam Medical Checkup, Gambar Passport beruniform lengkap, Sahkan dokumen-dokumen (biasanya dia nak yang kerja kerajaan gred U41 ke atas), lepas tu kalau tak ada akaun KWSP tu korang bolehlah bukak dekat mana2 cawangan pun boleh. Tapi yang paling penting korang siapkanlah medical checkup tu cepat sebab kan banyak prosedur so senanglah sikit bila dah settle. So daripada review yang saya dah buat, orang kata kalau nak cepat masuk gaji korang kena settlekan borang lengkap2 barulah takde masalah. ok faham tak dekat sini? Tujuan share ni sebab tak ramai yang nak share benda2 camni. Hari tu cari-cari jugak pengalaman orang lain tapi jumpa apa yang dicari. Tapi semuanya terpulang dekat koranglah. Kalau rasa suka buat kerja last minute then ikutlah mana korang rasa korang suka.

Ok, Melalui pengalaman aku, Aku memang dapat surat lantikan SPA yang sampai kerumah dulu. Lepas surat lantikan sampai, Barulah sijil LJM dan button badge sampai dekat rumah (ok, yang ni ikutlah kolej korang sistem dia macam mana. Kalau kolej aku, kita orang memang dah beli sampul pos express tu siap2 sebelum habis sem so pengajar akan poskan sahaja dekat kita orang dan tak payah datang kolej lagi dah untuk ambik) Ok, lepas dua benda ni dah sampai korang duduk je diam tunggu penempatan pulak keluar. Hahaha time yang camni semua orang tak sabar tambahan pulak prinsip redha memang kena ada dalam diri sebab dah namanya pun kan penjawat awam mana boleh pilih2 :p 

TAPI, Syukur Alhamdulilah aku dapat penempatan yang tak jauh daripada rumah. And Im so grateful. Btw Tahniah sahabat-sahabat batch 1/2014 dan selamat maju jaya kepada kalian-kalian semua. Sehingga ni sahaja perkongsian yang dapat dikongsi dan assalamualaikum.


Hanani Amylia Owner ♥




Older Post