Cinta ❥

♥ Chapter 5 : Cinta Oreo CheeseCake
Thursday, January 26, 2012 . 0 word(s) .


Kaki Hana melangkah pantas ke kelas . '' alamak macam mana ni .. '' detik hati kecil Hana . Azmer yang  berada didalam kelas melihat kekalutan di wajah Hana . '' Hana ! kenapa lewat ? .. " lantang suara puan Maimon kedengaran . Hana kecut perut mendengar suara Puan Maimon yang seperti Hali lintar itu . '' saya .. saya .. telewat bangun cikgu .. " Tergagap-gagap dia menjawab . '' Awak jangan banyak alasan ! .. awak diri diluar sana . " untuk kali kedua Hana berdiri diluar kelas . Memang memalukan .  Hai apa lah nasib si Hana ni kan . Loceng waktu rehat kedengaran . Puan Maimon tidak membenarkan Hana untuk ke kantin . '' Awak diri disini sampai saya suruh berhenti . '' Katanya lagi .

Hana termenung memikirkan nasib dirinya . Tiba-tiba dia melihat teman baik Azmer iaitu Hafiz meletakkan sesuatu ditangan Azmer . '' Kau fikirlah baik-baik Mer .. " nasihat Hafiz . Aku tak sanggup tengok kau terluka . '' Ish apa dua-dua mamat ni borak . '' Hana berteka-teki dalam dirinya . Hafiz berlalu meninggalkan Azmer berseorangan tanpa disedari Hana sedang melihat segala gerak geri mereka . Azmer melihat apa yang diberikan oleh Hafiz . Hana mengintai disebalik dinding ditempat dia berdiri . '' Apa ni ? gambar Kamelia dengan lelaki lain ? .. " Hana mendengar Azmer berkata perlahan walaupun kedengaran seperti tidak berpuas hati .

Azmer melangkah laju menuju ke kelas Kamelia yang gediks itu . ketika itu Kamelia sedang sibuk melayan Kamil iaitu lelaki dikelas yang sama . Azmer melihat liuk lentok Kamelia yang manje itu . Azmer merengus lalu berlalu meninggalkan Kamelia yang terlebih manje itu . Azmer melangkah masuk kekelas dengan muka yang tenang sahaja . Pandangan Hana hanya tertumpu pada Azmer . Hana kasihan melihat Azmer yang ditipu oleh Kamelia . Sesungguhnya dia tidak sanggup melihat kesedihan yang akan ditanggung olah Azmer . '' Pasti dia sedang sedih .. " Keluh Hana sendirian . '' Apa kau cakap Hana ? '' tanya Zila disebelah . Hana hanya mampu tersenyum .

'' Ehem , Zila kau comel lah hari ni . Lebih comel dari aku lah hari ni . Hari ni jela '' Hana memuji Zila . '' Woi minah ! kau tertiba je puji aku ni pehal ? meroyan eh ? kalau tak silap aku selama ni aku memang lebih comel dari kau pun .. " he..he..he.. Zila mengelakkan Hana . '' Lebih lah kau nie .. " Marah Hana tapi pantas dia berbalik kepada tujuan asal dia memuji Zila . huh ada udang disebalik batu pujian Hana ni . '' Yela kau memang comel .. boleh tolong aku tak.. ? . '' Aku dah agak dah kau ni .. mesti ada apa-apa .. Hah apa dia ? '' Zila cuba membantu . '' Boleh tak kau tanya Azmer dia minat apa ? .. Please .... " Hana memujuk . '' Yela aku try okey .. " . Hana tersenyum lagi . Zila hanya mampu menggeleng mendengar permintaan sahabat baiknya itu .


BERSAMBUNG PULA :)





Hanani Amylia Owner ♥




Older Post . Newer Post