Cinta ❥

STPM tapi masih diploma?
Friday, June 17, 2016 . 0 word(s) .

Rasanya dah lama sangat dah tak jejak dekat blog hanani amylia ni. Maklumlah buzy sangat dengan study. Lagi2 tengok last update hari tu pun masa semester3 but now dah habis semester5 baru ada masa nak update lagi. Kesian blog mummy dah berhabuk.

Since budak2 spm dah start sambung belajar kan? Sis nak cerita sikit pasal perjalanan hidup sis. Perjalanan hidup sis ni rumit sikit. Eh bukan sikitlah tapi banyak rumitnya. 

Okey jujur kata sis ni budak lepasan STPM. Masa mula2 sis tengok tawaran STPM keluar kenapa ramai sangat lepasan SPM tolak tawaran ni eh? Sebab taknak duduk sekolah lagi? Tak sanggup nak ikut peraturan yang ketat pe semua tulah? Hm rugi korang. Okey sis bukan nak kata apa, tp sis dulu pun terima tawaran form6 sebab sis taknak berjauhan dengan family but tak sangka sis dapat habiskan STPM juga.

Okey lets begin. 

Sis ni since dulu takdelah bijak orangnya tapi mampu lah membanggakan mak ayah. I guess? In Syaa Allah harapnya begitulah. Okey masa zaman sis, sis lah batch pertama yang start guna sistem semester dekat form6 tu. Like kami ni bahan ujikaji lah kiranya. Sis dulu masa spm aliran akaun. Tapi bila masuk form6 ni sis decide nak ambik seni. Sebab dulu masa spm gaduh habis dengan ibu sebab dia tak kasik sis ambik seni ni.

So bermula lah perjalanan sis dalam meneruskan perjuangan ditingkatan enam. Dekat sini bohonglah kalau kata sis tak jeles dengan kawan2 yang pergi sambung diploma pe semua tu. Huwaaa sis cemburu habis sangat. Yelah depa dapat p merasa dunia luar daripada sis. Tp sis ni? Masih kekal gigih meneruskan sisa-sisa hidup dikampung. Tapi nak dijadikan cerita, sis hanya ada satu tekad je, sis ambik form6 dan sis nak sambung degree. Sumpah sis tekad habis time tu.

Tp dalam diam rupenya ibu sis ada mohonkan sis SPA. Anda tahu apa itu SPA? SPA atau nama panjang dia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Kalau nak lebih detail hang google noh. Ibu kata dia saje je mohon sebab nak dapat bukan mudah. And yes again rezeki aku, finally aku dapat pergi temuduga and time tu aku baru je habis exam final semester3 form6. Aku ditemuduga pe semua lastly  lepas sebulan result interview pun keluar and guess what? Aku berjaya sambung diploma dalam bidang kejururawatan. What the time tu aku baru habis stpm kot?

Setelah dipikir baik buruk and desakan keluarga finally aku decide ambik diploma. Again? Ye again. Korang mesti pelik kenapa aku tak tunggu degree je kan? Actually aku dah pikir baik buruk keputusan ni. Kalau aku ambik peluang ni maka aku takkan susahkan mak ayah aku sbb pembiayaan semua ditanggung oleh kerajaan 100% siap ada elaun. Kau rasa siapa je nak tolak? So aku kuburkan niat aku sambung degree dan lagi sekali aku dilanda dilema bila hampir 99% kawan aku yang sambung form6 tu semuanya dapat sambung degree. Tapi aku percaya dengan rezeki Allah. Biar lambat sekalipun, percayalah Ilmu takkan pernah lari tapi kita yang kena mengejar. In Syaa Allah one day aku akan terus sambung post basic degree phd master apa semua. In Syaa Allah. Dan aku tak pernah sangka perjalanan hidup aku serumit ni kan? Daripad aliran akaun ke seni ke aliran sains semua? Tapi percaya cakap sis, Allah dah aturkan sebaik2 rancangan. 


Enjoy your reading sayang and much love.


Hanani Amylia Owner ♥




Older Post . Newer Post