Cinta ❥

Afterlife :*
Saturday, December 31, 2016 . 0 word(s) .

ASSALAMUALAIKUM 


Rasa dah lama sangat tak update kan. Tapi hari ni rajin nak update blog sebab dah habis belajar. Yeay finally aku berjaya habiskan diploma kejururawatan aku dengan jayanya. Alhamdulilah ini semua berkat sokongan dan dorongan serta doa-doa yang baik daripada ibu ayah adik beradik dan juga yang tersayang. Nak jugaklah cerita pengalaman yang aku lalui sepanjang tiga tahun aku melalui liku-liku perjalanan sebagai seorang jururawat pelatih ni. Jujurlah banyak sangat dukanya daripada sukanya. Kau ingat senang nak jadi jururawat? Sorry Im not mengungkit tapi aku dah jumpa banyak sangat orang yang pandang hina dengan tugas seorang jururawat. Kunci nak berjaya dalam bidang kejururawatan ni senang je. Satu je kunci dia iaitu IKHLAS. 

Aku ni student goverment so aku praktikal automatic memang bawah hospital kerajaan. So time camnilah kau akan jumpa macam-macam perangai. Sebab 99% orang Malaysia ni memang sakit apa semua akan ke kerajaan sebab tak semua orang kaya kan. So bila dah semua tertumpu kat goverment so apa jadi? jadilah bermacam-macam ragam. Sis takut kena kecam so sis malas nak cakap banyak. Jadi berbalik kepada topik balik. Sis sebenarnya nak cerita pasal apa yang sis belajar dan perjalanan hidup sis. Itu yang sis cerita pasal zaman praktikal tu. Nak cerita pasal kerja sis tengah tunggu surat perlantikan ni hahaha tu yang sambil-sambil menunggu tu sis ringankan lah jari jemari halus mulus ni untuk menaip di-blog yang dah berhabuk ni ;)

Okey, semalam sis baru je dapat result LJM sis iaitu (Lembaga Jururawat Malaysia) Ok, this LJM merupakan lesen untuk sis berkerja. Alhamdulilah sis satu batch 1/2014 lulus hokeyy. Sis bangga sangat dengan batch sis sendiri sebab tagline kami sememangnya datang 1 Kapal balik 1 Kapal. Alhamdulilah. Ok, tapi semalam sis nak menunggu result tu Allahu kecut perut tu Allah je tahu macam mana. Masa dalam pukul 2 lebih camtu sis memang dah start tunggu depan handphone dah bila pengajar kata result petang tu. I was like OMG I'M SO SCARED DOH ! Sejak pukul 2 tu memang aku duduk depan handphone tak bergerak-gerak. Kau bayangkan setiap kali bunyi whatsapp dipunya gugur jantung tu wallahu takutnya. Tiba-tiba sebelum pukul 5 ada voice note whatsapp masuk and voice note tu daripada pengajar pulak. Haih sekali dia umumkan kami satu batch lulus semua. Fuh Ya Allah time tu gembira tak terkata sampai menangis. Hahaha hadui sheram tapi Alhamdulilah sebab rasa semuanya terbalas. Jasa mak ayah along adik pengajar-pengajar yang sentiasa mendoakan takkan kulupakan ;)

 So gais, bagi sesiapa yang bakal menduduki ljm atau yang sedang menanti result ljm hampa jangan risau sangat noh. Hampa dah belajar tiga tahun kan hampa dah buat sebaik mungkin kan. So banyakkan berdoa dan tawakal kepada Allah s.w.t semoga segalanya dipermudahkan okey sayang-sayang sekalian.

Okey good luck in your future gais and jangan lupa doakan sis agar dapat kerja dekat dengan rumah sis okey? :D


Hanani Amylia Owner ♥




Older Post . Newer Post